9 Perkara Patut Anda Tahu Sebelum Upah Orang Buat Website

Zaman online ini ramai orang yang tawar upah buat website bermula daripada harga murah sehingga harga premium. Sebagai pemilik website atau bisnes tentunya anda mahukan website anda itu berfungsi seperti yang anda mahukan.

Berdasarkan pengalaman kami dalam menyediakan servis bina website ini, terdapat beberapa perkara patut anda tahu.

1. Nama Domain

Sebelum upah orang, eloklah anda tentukan dulu nama domain anda. Paling terbaik adalah nama domain sama dengan nama brand anda. Contohnya nama jenama anda Kebun Bandar, tentunya paling bagus nama kebunbandar.com.

Gunakan hujung .com. Hujung .com memang sudah orang awam faham. Memang ada pelbagai hujung itu seperti .my, .com.my, .net, da lain-lain. Tetapi utamakan .com kerana faktor orang tahu jenama anda dan by default memang orang akan teringat .com.

2. Pemilikan Domain

Pastikan nama domain anda diisi dengan butiran anda seperti nama, alamat, emel dan no telefon. Dan bukannya maklumat developer website. Usah risau jika anda takut nama anda bocor dan diserang oleh media.

Ada option untuk lock nama daripada didedahkan. Jadi nama anda akan selamat. Ini perlu anda jelaskan kepada developer website bahawa anda nak nama anda tidak didedahkan.

3. Kelajuan Hosting

Hosting adalah server yang anda letakkan website anda. Sama seperti domain, anda perlu bayar kos hosting ini tahunan. Beza antara hosting murah dan mahal adalah kadar ping atau loading website tersebut.

Hosting premium biasanya server laju. Ini akan memberi kesan kepada SEO dan pengalaman pelawat ke website anda.

4. WordPress

Sila minta web developer gunakan website wordpress. Mudah nanti anda nak kendalikan sendiri apabila sudah habis tempoh sokongan anda bersama developer.

WordPress ini adalah software yang digunakan untuk kendalikan website. Kita namakan Content Management System. Perkara ini berbeza dengan WordPress.com yang bersifat blogging seperti blogspot.

Banyak website terkenal guna WordPress kerana pengendalian yang mudah. Anda boleh lihat pelbagai panduan di Youtube berkaitan cara guna wordpress.

5. Mesra SEO

Website yang anda ingin bangun itu perlulah mesra SEO. Apa itu SEO? SEO atau Search Engine Optimization adalah amalan mengfokuskan keywords agar website anda dijumpai secara organik dalam hasil carian di enjin carian seperti Google, Yahoo atau Bing. Artikel Panduan SEO ini dapat membantu anda untuk faham lebih tentang SEO.

Jadi pastikan website yang dibina mempuyai ciri-ciri yang mesra SEO.

6. Kadar Cepat Siap

Ada developer boleh siap dalam masa seminggu dan ada juga masa sebulan. Biasanya dalam sebut harga developer akan nyatakan tempoh siap dan berapa kali boleh diubah sepanjang proses tersebut.

Ini penting agar anda tidak terkial-kial menanti website bagaikan menanti bulan jatuh ke riba.

7. Isi website

Ramai orang bisnes ingat konten website ini developer yang cari. Sepatutnya anda sudah ada konten apa yang anda ingin masukkan. Jika tiada, anda perlu tambah servis copywriting pada website anda.

Ini bukan kerja developer tau.

8. Pembayaran Deposit

Sama seperti apa-apa kerj pun, deposit perlu dibayar dahulu sebelum kerja disiapkan.

Freelance daripada website freelance

Website seperti Fiverr memang lah murah kos buat website. Tetapi tahu tak jika anda upah tu akan ada risiko website anda digodam? Ingat! Ada sebab harga sesuatu servis buat website itu sampai ribuan ringgit.

9. Backup

Pastikan anda buat backup pada website anda. Ini berdasarkan pengalaman saya sendiri yang mempunyai website. Backup perlu dibuat secara bulanan. Kita tidak tahu jika tetiba website kita menjadi sasaran hackers. Tahu tahu sudah tidak boleh buka atau rosak.

Dengan backup kita dapat kembalikan website kepada asal dan perkuatkan sistem pertahanan website kita. Jadi pastikan developer ada buat servis backup untuk anda secara bulanan. Atau belajar sendiri di youtube selepas siap website.

Kesimpulan

Begitulah 10 perkara penting yang perlu anda tahu sebelum ana mengupah orang buat website. Ingat, buat website ini bukan perkara main main dengan hanya sekadar itu trend. Website jika betul buatnya, boleh menjadi penjana jenama dan keuntungan berlipat kali ganda kepada pemilik website. Upah lah syarikat yang betul – tentunya RekaSawang.

Suka? Kongsikan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.