Belajar dan Kuasai Proses SEO dalam Digital Marketing

Jika anda ada website, tak kisah blog atau website bisnes mesti anda inginkan website anda sentiasa trafik, bukan? Dan pastinya kalau anda aktif sharing di media sosial, trafik akan mencanak naik. Tetapi tahu tak ada cara yang paling mudah agar trafik website anda sentiasa mencanak naik? Iaitu dengan SEO!

Apa itu SEO? Search Engine Optimization atau singkatannya SEO adalah amalan meningkatkan kuantiti dan kualiti trafik ke sesebuah website melalui hasil carian organik pada enjin carian seperti Google, Bing dan Yahoo. SEO membantu sesebuah website itu mendapat trafik percuma melalui enjin carian.

Penguasaan SEO adalah kemestian terutamanya bagi digital marketer dan pemilik website.

SEO bukanlah semacam plugin yang hanya perlu install dan siap. Tidak. SEO ini perlu dibuat oleh manusia. Memang ada apps yang mengataka boleh buat SEO untuk anda. Tetapi saya yakin program tersebut masih bersifat robot. Tetap kerja SEO ini memerlukan manusia dalam mengendalikannya.

Enjin Carian

Apabila bercakap tentang SEO, tentunya kita tidak akan lari dengan Google. Tentulah sebab Google adalah enjin carian yang majoriti rakyat Malaysia guna bagi mencari maklumat secara online.. Oleh itu SEO banyak berkisar dengan Google sebagai pemegang share terbesar enjin carian di kebanyakan negara.

Proses SEO

Proses SEO boleh menyesakkan otak jika kita tidak faham asasnya. Mari kita bincangkan proses asas untuk website anda menang SEO.

1. Website Mesra SEO

Content Management Service (CMS) yang kita gunakan mestilah mesra SEO. WordPress adalah antara CMS yang mesra google. Kalau lihat, website rekasawang ini sendiri guna wordpress sebagai CMS.

Tak perlu risau. Kebanyakan website yang dibina memang ada wordpress installation. Rujuk Cara Bina Website Perniagaan dengan Murah untuk maklumat lanjut.

Selain itu blogspot juga adalah antara blog yang mesra SEO. Bagi yang ingin membina website dengan blogspot, rujuk sini.

2. Theme

Seterusnya pilih theme yang mesra SEO. Eh theme? Theme ini adalah rekabentuk untuk website tersebut. Hal ini berbeza dengan WordPress iaitu CMS.

Theme wordpress tidak lah semua mesra SEO. Paling penting sebelum kita install apa-apa theme, pastikan ada tertulis pada website itu mesra SEO. Kalau saya, saya lebih suka gunakan theme premium. Walaupun agak mahal tetapi itulah antara kos yang ada bagi membina website yang bagus.

3. Keywords

Keywords atau kata kekunci adalah perkataan yang orang cari di enjin carian. Ingat lagi di awal artikel ini saya tekankan Google sebagai pemegang share enjin carian, bukan? Apa-apa perkataan yang semasa kita taip di google itu adalah keywords yang orang cari.

Contohnya saya guna perkataan Tuisyen. Akan ada banyak senarai tuisyen yang muncul.

Saya kecilkan lagi carian saya dengan tuisyen di bangi (sebab ofis RekaSawang di Bangi, tentunya).

Ha, barulah saya dapat mencari apa yang saya nak. Jadi untuk faham kata kunci ini, kita sendiri kena faham psikologi orang yang ingin kita tarik masuk website.

Kita tidak mahu orang yang masuk itu hanya masuk beberapa saat kemudian keluar. Rugi lah kan?

5. Install Google Analytics dan Search Console

Akhir sekali adalah anda perlu install Google Analytics dan Search Console. Dua benda ini akan mempercepatkan website anda untuk ditemui google. Tak pandai? Cari je di youtube. Ramai sudah orang ajar. Walaupun bahasa Inggeris, panduan video mudah untuk diikuti langkah demi langkah.

Berapa Lama Akan Muncul di Google?

Persoalan selepas siap kita SEO website, berapa lama akan muncul di enjin carian halaman pertama? Menurut Jim daripada Income School, sesuatu website yang baharu jika telah dibuat SEO mengambil masa sekitar 35 minggu untuk google jumpa.

Lamanya! Ya tetapi sekali google sudah jumpa, fuh memang mencanak naik trafik website kita. Sebab itu jika menggunakan Servis SEO RekaSawang, kami akan beri tempoh selama 6-12 bulan untuk website klien rangking halaman pertama untuk targated keywords.

Kesimpulan

Memang tidak syak lagi SEO ini adalah satu kemahiran wajib untuk anda kuasai tidak kira anda pemilik website ataupun seorang digital marketer.

Proses membina SEO mudah sahaja seperti yang telah saya nyatakan di atas.

Jika anda ingin Servis SEO Website, anda boleh terus hubungi kami. Lagi lambat anda bertindak, lagi lambat website anda rangking no 1 google.

Suka? Kongsikan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.