Cara Kira Kos Website dari Murah Sehingga Premium

Dahulu semasa awal nak buat website sendiri, saya tercari juga cara buat website dan harganya. Memang banyak!

Website murah ada pe’elnya.

Terfikir tak kenapa tajuk ini murah vs premium? Bukan murah vs mahal?

Murah itu tentunya berkaitan bajet harga kita untuk buat website. Manakala mahal pula boleh jadi subjektif. Sebab itu saya lebih suka premium yang lebih nampak nilainya di situ.

Saya pecahkan kepada tiga bahagian bagi pembinaan sebuah website iaitu batu asas, rekaan dan pemasaran.

Bahagian 1 – Batu Asas

Batu asas ini perlu dikira kos tetap untuk sesebuah website. Bermakna akan berulang setiap tahun.

Pakej Domain + Hosting

Batu asas atau foundation adalah perkara pertama dalam kita ingin membuat website. Biasanya sekitar RM100 sudah kita dapat pakej website yang bagus.

Setakat ini saya gunakan pakej hosting + domain. Yang penting adalah di awal permulaan untuk terus mula. Jangan tersekat nak pilih nama apa.

Kita ambil pakej netkl.com dengan harga RM100 paling murah.

Install WordPress

WordPress ini percuma tetapi paling penting. Nak install WordPress senang sahaja. Untuk mudah, kami sudah sediakan panduan install wordpress. Cek sini.

Selepas install wordpress, website anda siap.

Senang kan?

Bahagian 2 – Rekaan

Setelah kita tahu tentang batu asas, kita masuk pula ke bahagian kedua iaitu rekaan. Kos untuk rekaan sesebuah website boleh jadi hampir kosong sehingga ribuan ringgit.

Ini bahagian kedua pula iaitu rekaan. Ini yang membezakan sebuah website murah dengan website premium. Dalam bahagian ini akan termasuk theme dan plugin yang berkaitan.

Pemilihan Theme

Theme adalah ibarat hiasan rumah yang telah kita gunakan. Foundation tadi adalah WordPress. Manakala plugin adalah aksesori bagi menjalankan fungsi website tersebut.

Seperti ini jadikan website itu e-commerce, booking, ataupun agent system.

Untuk theme percuma, saya cadangkan guna theme ini.

Manakala untuk theme premium, gunakan themeforest.net

Untuk theme premium, biasanya sekitar 60 USD atau RM300 per theme. Ada banyak theme murah di themeforest, tetapi ketahuilah anda akan sakit kepala selepas gunakan theme murah tersebut.

Ini untuk website designer yang serius lah.

Kos semua lebih kurang RM300 sehingga RM700 tergantung pada theme dan plugin yang digunakan. Ini belum masuk lagi upah untuk membina website itu. Takkanlah kita tidak kira masa per jam kita membina sesebuah website? Kerja 99Speedmart mereka kira RM4+ per jam untuk gaji.

Plugin

Sama seperti theme, plugin ada yang percuma dan ada yang berbayar. Plugin boleh jadi sekali bayar atau berulang kos secara tahunan sama seperti pakej domain dan hosting tadi.

Bahagian 3 – Pemasaran

Ini adalah bahagian yang paling penting. Bahagian yang akan menjana ROI atau return of investment kepada pemilik website. Hal ini melibatkan psikologi target pelanggan yang kita mahukan.

Copywriting

Copywriting adalah ayat iklan yang akan diletakkan pada website. Ini yang membezakan harga website murah dengan website premium. Designer akan meletakkan susun atur sesebuah website itu agar kena pada target pengguna.

Ini paling penting bagi pemilik website kerana berbalik kepada objektif buat website anda untuk apa? Nak tambah jualan atau hanya sekadar ada?

SEO

Tentunya copywriting yang digunakan adalah yang bertepatan dengan SEO. Walaupun mungkin target asal buat website adalah untuk menarik pelanggan dari ads yang dibuat, anda tidak boleh melupakan bahawa SEO adalah marketing percuma untuk website anda.

Harga bermula daripada RM250 sehingga RM3,000 untuk satu halaman ditulis copywriting dan SEO.

Kesimpulan

Batu asas, Rekaan dan Pemasaran menjadi tiga komponen utama untuk kita mengira kos pembuatan sesebuah website. Apabila kita faham ini, kita boleh pilih adakah kita mahukan setiap bahagian itu dalam proses pembuatan website atau kita hanya mahukan sebahagian manakalah sebahagian yang lain kita boleh buat sendiri atau upah orang lain pula.

Di RekaSawang tentunya kami menawarkan pakej lengkap kepada anda. Klik Pakej Website untuk maklumat lanjut.

Suka? Kongsikan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.