5 Tips Buat Website Anda Lebih Professional

Ramai di antara kita yang mempunyai isi kandungan website yang bagus. Tetapi gagal menarik orang untuk membaca maklumat yang anda letakkan di website.

Ini kerana first impression orang adalah sangat penting. 60% manusia dipengaruhi oleh visual. Oleh itu anda harus menarik perhatian secepat mungkin sebelum mereka menoleh ke arah lain.

Mungkin tidak semua akan pandang website anda. Tetapi potensi untuk lebih ramai membaca adalah lebih tinggi.

Berikut adalah 5 nasihat berguna untuk anda ambil perhatian.

Pertama: Susun atur website yang minimalis

Jangan buang masa pelanggan membaca maklumat yang tidak boleh diingat. Pelawat anda juga mempunyai banyak kerja lain nak buat. Website yang minimalis seumpama seorang pelayan restoran yang tidak ingin menyerabutkan kepala pelanggannya. Website anda umpama penenang hati mereka.

Kedua: Tulisan yang mudah dibaca

Tulisan yang terlalu kecil dan sukar dibaca menyebabkan mata pembaca tersiksa dan mereka secara tidak sedar tidak fokus kepada apa yang anda ingin sampaikan.

Image result for small font web design

Ketiga: Gunakan imej yang besar

Imej yang cantik dan baik mempunyai nilai kepada website. Ia dapat menarik perhatian pengunjung untuk melihat website anda. Walaubagaimanapun, apabila pelanggan anda ingin membuat keputusan yang besar, mereka masih memerlukan maklumat yang cukup. Anda boleh bekalkan maklumat perinci di halaman yang lain atau sembunyikan dengan fungsi “Read More”.

Image result for website header

Keempat: Gunakan icon yang menarik

Ikon dapat memudahakan pelanggan anda tangkap mesej utama anda. Pada hari ini terdapat pelbagai bentuk ikon yang menarik untuk digunakan di pelbagai website.

Kelima: Mudahkan pelanggan anda membuat keputusan.

Letakkan butang bantuan seperti bubble chat yang memudahkan komunikasi antara anda dan pelawat. Anda boleh gunakan aplikasi seperti Crisp, Drift atau hubungkan dengan WhatsApp anda.

Bonus: Loading time yang rendah.

Kelajuan loading penting untuk tidak membuang masa pelanggan anda. Anda boleh semak kelajuan website anda di GTMatrix atau Pingdom. Kelajuan yang disarankan adalah di bawah 3 saat. Untuk mencapainya tidak mudah. Anda perlu memastikan website anda mematuhi kriteria-kriteria teknikal yang disarankan.

Anda boleh dapatkan servis dari Rekasawang untuk memenuhi semua ciri-ciri diatas. 🙂

Suka? Kongsikan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.